Return to site

ALLAH MEMBALAS SEMUA AMALAN KITA

September 24, 2022

Firman Allah s.w.t.:

فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ وَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّا یَرَهُۥ

Maksudnya:

“Maka, barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar atom sekalipun, dia akan melihat balasannya dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar atom sekalipun, dia akan melihat balasannya.”

[Surah az-Zalzalah (99): 7-8]

PENGAJARAN AYAT 

1. Allah tidak akan mensia-siakan amalan kita biar sekecil mana pun ia selagi mana menepati syarat-syarat amal soleh yang diterima oleh Allah iaitu ikhlas dan menepati sunnah.

2. Demikian jugalah Allah pasti setiap kejahatan yang kita lakukan, jika kita tidak bertaubat kepada-Nya.

3. Sesungguhnya, balasan baik dan buruk ini turut dilakukan oleh manusia. Kerana itulah orang yang melakukan kebaikan, kadang-kala diberikan anugerah meskipun ia tidak setanding dengan ganjaran yang diberikan oleh Allah di akhirat nanti, dan orang yang melakukan kejahatan pula akan dihukum oleh undang-undang.

4. Sekiranya, dia tidak mendapat habuannya di dunia, dia pasti akan merasainya di akhirat nanti. Maka, ayat ini menyebabkan umat Islam sentiasa berfikiran positif dan tidak berasa kecewa jika mereka tidak mendapat hak mereka di dunia.

5. Dan ia juga seharusnya menjadi peringatan buat orang-orang yang melakukan kezaliman, tetapi terlepas hukuman dunia, kerana Allah pasti akan memberikan balasan yang setimpal atas kejahatan yang telah dia lakukan melainkan jika dia sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia.

Wallahu a’lam.