Return to site

ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK

August 10, 2022

Allah s.w.t. berfirman:

وَعَسَىٰۤ أَنتَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔاوَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: "Boleh jadi kalian bencikan sesuatu, sedangkan ia baik untuk kalian. Dan boleh jadi kalian sukakan sesuatu, sedangkan ia buruk untuk kalian. Allah sahajalah yang mengetahui sedang kalian tidak mengetahuinya."

[Surah al-Baqarah (2) : 216]

Pada asalnya, ayat ini berkaitan dengan berjihad fi sabilillah, iaitu walaupun jihad itu dirasakan buruk pada kita kerana boleh menyebabkan kehilangan nyawa, tetapi dengan sebab jihad itu jugalah kita akan mendapat manfaat yang lebih banyak iaitu pahala yang besar dan dapat menyelamatkan bangsa dan maruah kita.

Demikianlah juga dengan hal-hal lain kerana hikmah ayat ini terpakai pada banyak situasi. Misalnya, semua orang mahukan kekayaan. Tetapi, boleh jadi, jika kita kaya, kita berfoya-foya dalam kemaksiatan. Maka, apabila kita susah, kita terpelihara daripada melakukan kemaksiatan.

Dari sini kita perlu sedar bahawa tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita, dan tidak semua yang kita benci itu buruk untuk kita.

Seperti itulah sepatutnya yang kita fikirkan dalam hidup ini iaitu kita hanya mampu berusaha, tetapi taqdir Allah itu pasti lebih baik untuk kita.

Dengan itu, pandangan kita menjadi luas dan dada kita berasa lapang.

Wallahu a’lam.