Return to site

BADAN PEMANTAU HADIS

August 23, 2022

Jika sesebuah negara belum mampu untuk melahirkan pakar hadis dalam jumlah yang banyak, sepatutnya pihak kerajaan mewujudkan badan penyemak hadis yang terdiri daripada sejumlah orang-orang yang berkeahlian dalam bidang hadis, sebagaimana kita mempunyai badan khusus untuk memastikan keaslian cetakan al-Quran.

Dengan wujudnya badan ini, apabila tersebarnya sebarang hadis yang bermasalah, mereka dapat menyebarkan kecacatan hadis tersebut kepada masyarakat sehingga ia menjadi ancaman kepada para penglipur lara dan penyebar ajaran sesat, sebagaimana kerajaan mampu bertindak pantas apabila munculnya cetakan al-Quran yang kurang tepat.

Di samping itu, kita perlu sedar bahawa hal ini termasuk dalam fardhu kifayah yang mana jika tidak terdapat seorang pakar rujuk dalam bidang hadis di sesuatu tempat, maka berdosalah semua penduduk di tempat tersebut.

Jika masyarakat menyedari hakikat ini, mereka pasti menghargai mana-mana individu yang mampu menegur penyebaran hadis-hadis yang bermasalah di tempat mereka, kerana pada hakikatnya individu tersebut telah melepaskan beban dosa seluruh masyarakat di tempat itu.

Dan bayangkanlah pula kalau di setiap tempat, kita mempunyai pakar rujuk dalam setiap bidang, nescaya umat tidak akan mudah diperbodohkan oleh para perosak agama.

Wallahu a’lam.