Return to site

BAGAIMANA NAMA KITAB DIRINGKASKAN

August 22, 2022

Dalam tulisan para ‘ulamak, apabila mereka mahu merujuk kepada sesuatu kitab lain, mereka akan meringkaskan namanya. Misalnya, kitab al-Kamil fi Dhu’afa’ir Rijal karya Ibn ‘Adi diringkaskan kepada al-Kamil sahaja. Demikian juga kitab Taqribut Tahzib karya Ibn Hajar al-‘Asqalani diringkaskan kepada at-Taqrib sahaja.

Di dalam tatabahasa ‘Arab, huruf “alif lam” (yang disebut sebagai “al”) di dalam perkataan "al-Kamil" dan "at-Taqrib" dikenali sebagai "alif lam ‘iwadh" (pengganti) kepada mudhafun ‘ilaih yang mahzuf (disembunyikan).

Contohnya, dalam perkataan Taqribut Tahzib (تقريب التهذيب), perkataan "at-Tahzib" adalah mudhofun ‘ilaih yang dimahzufkan (disembunyikan) dan digantikan dengan huruf "alif lam ‘iwadh" pada pangkal perkataan “at-Taqrib.”

Dan demikianlah juga yang dilakukan oleh para ‘ulamak ketika merujuk kitab-kitab lain.

Wallahu a’lam.