Return to site

BEBERAPA ISTILAH BERKAITAN HADIS DHA'IF

August 10, 2022

1. HADIS DHA’IF – Ia adalah sebuah isitilah umum yang merujuk kepada hadis yang tidak memenuhi syarat hadis sahih atau hasan, seperti ia diriwayatkan oleh perawi yang dha’if sehingga hadis itu pun menjadi dha’if.

2. HADIS GHARIB – Boleh jadi ia merujuk kepada makna dha’if. Tetapi boleh jadi juga ia merujuk kepada bersendiriannya perawi, iaitu pada setiap peringkat, hanya seorang perawi sahaja yang meriwayatkan hadis tersebut.

3. HADIS SYAZ – Iaitu hadis yang pada zahirnya tampak seperti sahih, tetapi pada hakikatnya ia dha’if kerana berbeza dengan riwayat-riwayat lain yang lebih sahih daripadanya sehingga ia pun menjadi dha’if, kerana salah satu syarat hadis sahih ialah tidak ada syaz padanya.

4. HADIS MUNKAR – Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang dha’if yang mana ia bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi hadis sahih atau hasan.

Wallahu a’lam.