Return to site

BID'AH MEMATIKAN SUNNAH

August 10, 2022

Kita bernasib baik kerana dari dulu sehingga kini, di mana-mana saja, pasti ada ‘ulamak yang mendedahkan hakikat bid’ah kepada kita. Malangnya, masih ada orang yang bukan sahaja beramal dengan hadis dha’if, malah hadis maudhu’ (palsu) pun diamalkan dan dijadikan hujah dalam beragama.

Akibatnya, banyaklah timbulnya bid’ah demi bid’ah yang tidak ada sebelum ini.

Kemunculan bid’ah ini sebenarnya secara tidak langsung memberikan kemenangan percuma kepada musuh-musuh Islam kerana kerana apabila muncul satu bid’ah, akan matilah satu sunnah, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis mauquf daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a.huma., katanya:

ما يأتي على الناسِ منِعامٍ إلَّا أحدَثوا فيه بدعَةً وأماتوا فيه سُنَّةً حتي تَحيا البدَعُ وتَموتَ السُّنَنُ

Maksudnya: "Tidaklah datang satu tahun kepada manusia melainkan mereka melakukan satu bid'ah di dalamnya dan mematikan satu sunnah di dalamnya sehingga akhirnya hiduplah bid'ah demi bid'ah dan matilah sunnah demi sunnah."

Maka, apabila hilangnya satu sunnah, hilanglah satu punca keberkatan dari kita.

Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya peka tentang perkara ini kerana ia akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh kita dari kalangan manusia dan syaitan.

Wallahu a’lam.