Return to site

CUCU-CUCU NABI S.A.W. YANG JARANG DIDENGARI

October 3, 2022

Biasanya, kita hanya mendengar nama dua orang cucu Nabi s.a.w. iaitu Hasan dan Husain. Walhal Nabi s.a.w. mempunyai beberapa orang lagi cucu yang lain, yang mana mereka semua juga mempunyai zuriat dan keturunan masing-masing.

ANAK-ANAK ZAINAB

Misalnya, Zainab r.a.ha. dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Abul-‘Ash bin Rabi'ah r.a. yang bernama ‘Ali dan Umamah. Ali syahid dalam Perang Yarmuk yang meletus pada zaman Khalifah 'Umar r.a. ketika beliau berusia 22 tahun. Umamah pula masyhur dengan kisah Nabi s.a.w.mengendongnya ketika baginda sedang solat.

Setelah kematian Fatimah r.a.ha., Khalifah 'Ali bin Abi Thalib r.a. berkahwin dengan Umamah. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak bernama Muhammad al-Ausath bin Ali bin Abi Thalib. Namun sekali lagi, 'Ali harus kembali ditinggalkan setelah Umamah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 66H.

ANAK RUQAIYAH 

Ruqaiyah r.a.ha. juga mempunyai seorang anak lelaki bernama ‘Abdullah hasil perkahwinannya dengan Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan r.a. ‘Abdullah membesar sebagai seorang ‘ulamak sehingga beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun lebih.

Tetapi fakta ini bukan sahaja disembunyikan oleh Syi’ah, malah mereka menyelewengkannya dengan
mendakwa yang ‘Abdullah meninggal dunia ketika masih kecil kerana dipatuk oleh ayam.

Syi’ah menyembunyikan sejarah tentang cucu Nabi ini kerana ia adalah hasil perkahwinan dengan ‘Utsman yang sangat dibenci oleh Syi’ah.

ANAK-ANAK FATHIMAH

Selain Hasan dan Husain r.a.huma., Fathimah r.a.ha. juga dikurniakan dua orang anak perempuan hasil pernikahannya dengan ‘Ali, bernama Zainab dan Ummu Kultsum. Kedua-duanya juga sempat berkahwin dan dikurniakan anak-anak.

Tetapi, nama Zainab disembunyikan oleh Kaum Syi’ah kerana beliau memuji Yazid bin Mu’awiyah dan menafikan keterlibatannya dengan pembunuhan Husain di Karbala. Sebaliknya, menurut Zainab, yang membunuh Husain adalah Kaum Syi’ah sendiri.

Nama Ummu Kultsum pula disembunyikan kerana beliau berkahwin dengan Khalifah ‘Umar r.a. sebagaimana yang direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari. Selain itu, Ummu Kultsum juga bersetuju dengan Zainab bahawa yang membunuh Hussain bukanlah Yazid mahupun tenteranya, sebaliknya pembunuhan tersebut didalangi oleh Kaum Syi’ah.

Pengakuan inibukan sahaja tercatat di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah wal Jama’ah, sebaliknya ia turut direkodkan di dalam kitab-kitab Syi’ah sendiri.

Kerana itulah Kaum Syi’ah menyembunyikan nama-nama cucu-cucu Nabi s.a.w. yang lain kerana kebencian mereka terhadap para sahabat dan kerana mahu menyembunyikan keaiban mereka sendiri.

Wallahu a’lam.