Return to site

CUKUPKAH SYAHADAH SEBAGAI ANAK KUNCI SYURGA?

August 9, 2022

Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّااللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: "Barangsiapa yang akhir ucapannya (sebelum dia meninggal dunia) ialah 'Tiada sembahan selain Allah,' dia pasti memasuki syurga."

[Sahih Abi Daud (3116) : Sahih]

Dalam mensyarahkan hadis ini, Hasan al-Basri, Abu Zur’ah ar-Razi dan Wahbun bin Munabbih mengumpamakan kalimah syahadah itu seperti anak kunci, manakala amalan-amalan pula umpama gigi-gigi kunci.

Maka, sebagaimana pintu tidak boleh dibuka dengan anak kunci yang tidak mempunyai gigi-giginya, demikianlah juga pintu syurga tidak boleh dibuka jika kita sekadar mengucapkan kalimah syahadah tanpa sebarang pembuktian melalui amalan iaitu dengan melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Dengan kata lain, fadhilat hadis ini tidak diperoleh dengan sekadar mengucapkan syahadah sebelum meninggal dunia, tetapi semasa hayatnya juga, dia mestilah memenuhi tuntuan dua kalimah syahadah dengan beramal soleh dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Wallahu a’lam.