Return to site

EMPAT PENYAKIT HATI YANG MEMBATALKAN AMALAN

August 23, 2022

Terdapat empat penyakit hati yang boleh membatalkan pahala ibadah kita iaitu:

1. Riya’ – Menunjuk-nunjuk iaitu melakukan sesuatu amalan supaya dilihat oleh orang lain.

2. Sum’ah – Iaitu melakukan sesuatu amalan supaya didengari oleh orang lain seperti menceritakan amalan kita kepada orang lain. Walhal jika kita melakukan amalan sunat misalnya, tidak ada keperluan untuk orang lain mengetahuinya. Bahkan sebaiknya, kita menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain.

3. Takabbur – Sombong iaitu besar diri dan memandang rendah kepada orang lain dalam sebarang perkara.

4. ‘Ujub – Iaitu kagum dengan diri sendiri seperti berasa tidak ada orang lain yang lebih hebat daripada kita terutamanya dalam masalah agama.

Keempat-empat penyakit hati ini memakan pahala amalan kita dan ia disebutkan di dalam nas yang pelbagai.

Wallahu a’lam.