Return to site

KELEBIHAN MAZHAB FIQH AL-IMAM AL-BUKHARI (BAHAGIAN 03)

February 26, 2024

Kelebihan ketiga Mazhab Fiqh al-Imam al-Bukhari ialah ia beliau gemar menjadikan contoh-contoh daripada amalan para sahabat dan tabi’in yang boleh dipertanggung jawabkan sebagai hujahnya.

Misalnya, al-Imam al-Bukhari menukilkan kisah perbahasan antara Abu Musa al-‘Asy’ari dengan ‘Abdullah bin Mas’ud yang mana beliau menolak pendapat Ibn Mas’ud menggunakan al-Quran. Daripada kisah ini, al-Imam al-Bukhari menyimpulkan bahawa hujah yang paling kuat di dalam Islam adalah al-Quran, lalu as-Sunnah.

Al-Imam al-Bukhari turut memetik pendapat para sahabat dan tabi’in yang lain seperti ‘Umar bin al-Khattab, Hassan al-Basri dan ramai lagi.

Wallahu a’lam.