Return to site

KEUNIKAN SUSUNAN BAB DALAM SAHIH AL-BUKHARI

August 22, 2022

Para ‘ulamak yang mengkaji Sahih al-Bukhari mendapati bahawa bab-bab di dalam Sahih al-Bukhari disusun dengan sangat rapi sehingga ia mempunyai kesinambungan daripada awal sehingga akhir.

Maka, tidak hairanlah apabila terdapat lebih daripada 100 buah kitab yang dikarang bagi mensyarahkan Sahih al-Bukhari yang ditulis di dalam Bahasa ‘Arab sahaja (belum lagi termasuk syarahan dalam bahasa-bahasa lain), kerana kehebatan kitab ini.

Selain itu, ada juga ‘ulamak yang menulis kitab khas semata-mata bagi membahaskan susunan bab dan tajuk di dalam Sahih al-Bukhari. Antaranya, Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahwali telah menulis sebuah kitab berjudul "al-Abwab wat-Tarajim" semata-mata untuk menjelaskan hikmah di sebalik susunan bab dan tajuk di dalam Sahih al-Bukhari sehingga menjadi 5 jilid kitab.

Wallahu a’lam.