Return to site

MAULANA ASRI LAMBAT MINAT ILMU HADIS

August 23, 2022

Pada zaman dahulu, sistem pengajian fiqh di Malaysia meng“kemudian”kan pengajian al-Quran dan hadis atas alasan kita perlu menguasai ilmu alat terlebih dahulu sebelum mempelajarinya. Walhal para sahabat dahulu, mereka mempelajari al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebelum mengenali fiqh.

Tetapi, dikatakan, kerana kita bukan berbangsa ‘Arab, maka kita hendaklah menguasai ilmu alat terlebih dahulu sebelum mempelajari al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Jika tidak, kita tidak mampu memahami apa yang diajarkan kepada kita.

Alasan ini ada benarnya jika kita mahu memahami hadis secara mendalam atau membuat kajian sendiri.

Tetapi, jika untuk mendapatkan manfaat yang banyak daripada al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagaimana yang diajar secara meluas kepada masyarakat awam pada hari ini, kita sebenarnya tidak terlalu berhajat kepada ilmu alat.

Malangnya, budaya ini tidak wujud pada tahun 1960-an dan 1970-an dahulu. Kesannya, masyarakat pada zaman tersebut hanya didedahkan dengan pengajian fiqh Mazhab Syafi’i semata-mata, termasuklah mereka yang belajar di pondok-pondok.

Hatta Maulana ‘Asri sendiri lambat merasai kemanisan mempelajari hadis-hadis Nabi s.a.w. sehinggalah beliau ke Pakistan dan bertemu dengan pakar-pakar ilmu hadis di sana. Bermula dari saat itulah barulah timbul perasaan minat Maulana ‘Asri terhadap ilmu hadis.

Wallahu a’lam.