Return to site

MENUNTUT ILMU LEBIH UTAMA DARIPADA BERIBADAH

March 12, 2026

Bagi para pelajar dan pencinta ilmu, menuntut ilmu lebih utama daripada memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat atau zikir.

Ibadah khusus tetap penting, tetapi kebanyakan masa sepatutnya diperuntukkan untuk membaca, mengkaji, dan memahami agama kerana pahala ilmu lebih besar dan manfaatnya meluas.

Bagi masyarakat awam yang tidak mampu mendalami ilmu, memperbanyakkan ibadah adalah pilihan terbaik.

Namun, bagi ahli ilmu — meskipun sudah berusia — mereka tetap dituntut untuk memperluas bacaan dan menghasilkan kajian ilmiah kerana ia adalah fardhu kifayah untuk ummah.

Hakikatnya, ibadah ahli ilmu walaupun sedikit tetap lebih bernilai kerana dilakukan dengan kefahaman, berbeza dengan ibadah orang awam yang sering dilakukan secara ikut-ikutan.

Maka, kualiti dan nilai ibadah ahli ilmu di sisi Allah jauh lebih tinggi.

Wallahu a’lam.