Return to site

PENYUCIAN JIWA

August 10, 2022

Allah s.w.t. berfirman:

وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ

Maksudnya: "Barangsiapa yang membersihkan dirinya dari segala yang dilarang, maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri semata-mata."

[Surah Fathir (35) : 18]

Di dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita supaya menyucikan jiwa kita demi kebaikan diri kita sendiri, baik manfaat tersebut kita peroleh di dunia mahupun di akhirat.

Halini kerana Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji sehingga Dia tidak berhajat sama sekali kepada kita. Maka, segala ‘ibadah yang kita lakukan langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada Allah. Dengan kata lain, baik kita beribadah atau tidak, kemuliaan, keagungan dan kebesaran Allah tidak terkesan sama sekali.

Menyedari hakikat ini akan menghilangkan rasa terbeban atau malas untuk beribadah daripada diri kita, kerana segala ibadah yang kita kerjakan ini memang bertujuan untuk menyucikan dan mententeramkan jiwa kita.

Hanyasanya, setelah kita mengerjakan semua ‘ibadah yang diperintahkan oleh Allah seperti solat, zakat, puasa, bersedekah dan lain-lain, dan kita pun mula merasai kesan baiknya, janganlah pula kita menganggap yang diri kita ini suci kerana ia dilarang oleh Allah melalui firman-Nya:

فَلا تُزَكُّواأَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

Maksudnya: "Maka, janganlah kalian menganggap diri kalian itu suci dari dosa (kerana) Dia sajalah yang lebih mengetahui siapakah gerangannya orang yang bertaqwa."

[Surah an-Najm (53) : 32]

Wallahu a’lam.