Return to site

PERBEZAAAN RINGKAS ANTARA MUTABA'AH DAN SYAHID

January 4, 2023

Mutaba’ah (jamak: Mutaba’at) merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada jalur sanad yang berbeza tetapi bertemu di peringkat sahabat. Ertinya, sahabat tersebut mempunyai lebih daripada seorang murid yang meriwayatkan satu hadis yang sama daripadanya.

Syahid (jamak: Syawahid) pula merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada jalur sanad yang berbeza sehinggalah di peringkat sahabat. Ertinya, hadis tersebut diriwayatkan oleh sahabat yang berbeza.

Sesuatu hadis itu boleh dikira sebagai Mutaba’ah dan Syahid jika ia menepati ciri-ciri di atas meskipun statusnya dha’if.

Tetapi, di sana ada juga ‘ulamak yang berpendapat bahawa Mutaba’ah dan Syahid diukur mengikut matan (teks) hadis; bukan sanadnya.

Maka, mengikut pendapat kedua ini, Mutaba’ah merujuk kepada sesebuah hadis yang diriwayatkan dengan lafaz dan makna yang sama, manakala Syahid pula merujuk kepada sesebuah hadis yang diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.

Namun begitu, pendapat pertama itulah yang lebih popular dalam kalangan majoriti ‘ulamak.

Wallahu a’lam.