Return to site

PERBEZAAN RINGKAS ANTARA IBLIS DAN SYAITAN

August 23, 2022

Secara ringkasnya, jika disebut "Iblis" di dalam al-Quran, ia merujuk kepada Iblis yang asal iaitu nenek moyang syaitan, sebagaimana yang disebutkan di dalam kisah penciptaan Adam.

Tetapi, oleh kerana semua syaitan adalah anak cucu Iblis, kadang-kala mereka juga dirujuk sebagai Iblis di dalam al-Quran, kerana mereka semua berkongsi sifat yang sama iaitu sifat makhluk yang kecewa, kerana iblis berasal daripada perkataan "Ablasa" yang bermaksud putus harapan.

Namun, secara umumnya, semua makhluk halus yang jahat disebut sebagai syaitan. Dan iblis serta syaitan ini termasuk dalam spesis jin, sebagaimana firman-Nya:

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ

“Dan ingatlah tatkala Kami berkata kepada para malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam!’ maka mereka pun bersujud, melainkan Iblis yang merupakan dari kalangan jin.”

[Surah Al-Kahf(18) : 50]

Maka, tidaklah tepat pendapat yang mengatakan Iblis itu pada asalnya adalah malaikat, kerana jelas Allah menyatakan yang Iblis itu dari kalangan jin yang diciptakan daripada api, sedangkan malaikat pula dicipta daripada cahaya.

Wallahu a’lam.