Return to site

RUJUKLAH KEPADA PAKAR

August 9, 2022

Allah s.w.t.berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ 

"Maka, bertanyalah kepada pakar jika kalian tidak tahu."

[Surah an-Nahl(16) : 43] 

Terdapat dua sisi pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini:

1. Kita perlu sedar dan mengakui bahawa kita tidak mengetahui semua perkara, dan setiap daripada kita mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.

2. Maka, setelah menyedari yang kita bukanlah pakar dalam semua bidang, sepatutnya kita merujuk kepada pakar sesuatu bidang jika kita mahukan jawapan yang tepat bagi sesuatu masalah. 

Yang menjadi kesilapan masyarakat pada hari ini adalah apabila kita bertanya kepada ustaz tentang semua perkara, hatta dalam perkara yang di luar kepakarannya seperti masalah sains dan teknologi. Kesannya, banyaklah pendapat yang pelik dan bercanggah dengan fakta dan ilmu yang terkeluar daripada mulut mereka. 

Sebaliknya, jika kita bertanya dan belajar kepada pakar, kita akan dapati bahawa perkara yang dirasakan sukar itu sebenarnya mudah saja untuk difahami. 

Misalnya, Maulana Asri pernah belajar daripada guru yang mengajar sambil berbaring membelakangi pelajar-pelajarnya. Tetapi kerana dia adalah pakar dalam bidang tersebut, ilmu itu dapat difahami dengan mudah. 

Maka, ambillah pengajaran dengan merujuk kepada pakar dalam bidang yang berkenaan; bukannya merujuk semua perkara dari urusan agama sampai kepada segenap urusan dunia kepada ustaz, jauh sekali kepada dukun yang berpakaian agama.

Wallahu a’lam.