Return to site

SUNNAH BERKHIDMAT KEPADA GURU, PEMIMPIN DAN ORANG TUA

August 23, 2022

Berkhidmat kepada guru, pemimpin dan orang tua termasuk dalam sunnah Nabi s.a.w., sebagaimana para sahabat seringkali menawarkan diri untuk berkhidmat kepada baginda, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslamiy r.a., katanya:

كُنْتُ أبِيتُ مع رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ فأتَيْتُهُ بوَضُوئِهِ وحَاجَتِهِ فَقالَ لِي : سَلْ فَقُلتُ : أسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ في الجَنَّةِ. قالَ : أوْ غيرَ ذلكَ قُلتُ : هو ذَاكَ. قالَ : فأعِنِّي علَى نَفْسِكَ بكَثْرَةِ السُّجُودِ

"Aku pernah bermalam bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w., seraya membawakan air untuk baginda berwudhu' dan membantu menunaikan keperluannya yang lain.

Lalu, baginda bersabda kepada kepadaku, "Mintalah apa-apa." Aku berkata, "Daku meminta untuk menemanimu di dalam syurga."

Baginda bertanya lagi, "Atau ada sebarang perkara lain yang engkau mahukan?" Aku menjawab, "Itu sahaja yang daku mahukan."

Baginda pun bersabda, "Jika begitu, bantulah diriku untuk menunaikan permintaanmu itu dengan engkau memperbanyakkan sujud."

[Sahih Muslim (489)]

Dengan cara berkhidmat, kita beroleh berkat dan membenihkan perasaan kasih sayang, di samping mengeratkan lagi hubungan antara murid dengan guru, rakyat dengan pemimpin dan orang muda dengan yang tua.

Malangnya sunnah ini semakin ditinggalkan. Misalnya, rata-rata yang menuntut ilmu telah berasa cukup dengan membayar yuran kepada guru yang mengajar. Selepas itu, dia tidak lagi berasa mahu berbudi gurunya dengan cara berkhidmat kepadanya.

Dan dalam banyak-banyak perkhidmatan, tentu sekali yang paling utama untuk berkhidmat adalah isteri kepada suaminya, kerana daripada perkhidmatan inilah yang paling diharapkan dapat mewujudkan perasan kasih sayang antara suami dengan isteri.

Wallahua’lam.