Return to site

SYIAH PUN HAFAL AL-QURAN

April 6, 2026

Tidak pelik jika ada golongan sesat yang mampu menghafal al-Quran. Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi amaran tentang hal ini melalui sabdanya mengenai Kaum Khawarij:

خْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلاَتَكُمْ مَعَ صَلاَتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينَ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ

Maksudnya:

“Akan muncul dalam kalangan kalian suatu kaum yang akan menyebabkan kalian berasa solat kalian kurang berbanding solat mereka, puasa kalian kurang berbanding puasa mereka, dan amalan kalian kurang berbanding amalan mereka, sedangkan kaum ini membaca al-Quran tanpa melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar daripada agama sebagaimana anak panah terkeluar daripada sasarannya.”

Membaca Tanpa Penghayatan

Hadis ini menjelaskan bahawa Khawarij memang rajin membaca al-Quran, tetapi bacaan mereka tidak menembusi hati. Ia sekadar di bibir, tidak menjadi pegangan hidup.

Dengan kata lain, mereka tidak benar-benar beriman dengan isi kandungan al-Quran, sebaliknya hanya berpura-pura untuk memperdayakan manusia.

Ibadah Hebat, Aqidah Rosak

Inilah yang sering mengelirukan masyarakat awam. Melihat ibadah mereka yang kelihatan lebih hebat daripada para sahabat, ramai yang terpedaya.

Namun Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa ukuran kebenaran bukanlah pada banyaknya ibadah semata-mata, tetapi pada aqidah yang sahih.

Pengajaran Buat Kita

Maka, perkara paling utama yang perlu kita jaga ialah aqidah. Ibadah yang banyak tidak akan membawa manfaat jika aqidahnya batil.

Justeru, jangan mudah terpesona dengan penampilan zahir golongan sesat, kerana Nabi s.a.w. telah lama mengingatkan kita tentang bahaya mereka.

Wallahu a’lam.