Return to site

TABARRUK DENGAN CINCIN NABI S.A.W.

November 4, 2022

Nabi s.a.w. mempunyai sebentuk cincin perak yang baginda gunakan sebagai cop mohor pemerintahannya. Setelah baginda wafat, cincin ini diwarisi secara turun temurun kepada Khalifah Abu
Bakr, Khalifah ‘Umar dan Khalifah ‘Utsman r.a.hum.

Tetapi, setelah enam tahun ‘Utsman bin ‘Affan r.a. menjadi khalifah, cincin tersebut terjatuh ke dalam Perigi Aris. Walaupun ‘Utsman mengarahkan supaya mencari kembali cincin tersebut, ia tetap gagal ditemui.

Maka, tidak ada lagi atsar Nabi s.a.w. yang masih wujud pada hari ini termasuklah cincin baginda. Yang
ada hanyalah replika.

Adapun dakwaan pihak tertentu bahawa atsar baginda masih ada, lalu mereka bertabarruk (mengambil
berkat) dengannya, ia adalah dakwaan yang tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan sama sekali.

Maka, jika mahu bertabarruk, bertabarruklah dengan al-Quran dan as-Sunnah iaitu dengan beramal
dengannya.

Adapun bertabarruk dengan selain al-Quran dan as-Sunnah, keasliannya tidak boleh dibuktikan dan ia juga boleh membawa kepada khurafat dan syirik.

Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di mana ada golongan yang bertabarruk dengan simbol capal Nabi s.a.w. dengan kepercayaan ia mempunyai pelbagai kelebihan, walhal Salafu Soleh tidak pernah melakukannya. Sebaliknya, ia hanya masyhur dalam kalangan ajaran sesat.

Maulana Asri sendiri mempunyai guru-guru dalam kalangan Ahlul Bait, tetapi mereka tidak bertabarruk
dengan simbol capal.

Paling tidak, mereka hanya membahaskan isu ini secara ilmiah seperti apa yang dilakukan oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawi, tetapi beliau sendiri tidak memakai simbol capal pada pakaian beliau, jauh sekali bertabarruk dengannya.

Wallahua’lam.