Return to site

TELADAN RASULULLAH S.A.W. DALAM MEMBUANG AIR

September 20, 2022

Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata:

كُنْتُ مع النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فيسَفَرٍ، فَقالَ: يا مُغِيرَةُ خُذِ الإدَاوَةَ، فأخَذْتُهَا، فَانْطَلَقَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ حتَّى تَوَارَى عَنِّي، فَقَضَى حَاجَتَهُ

Aku pernah bersama-sama dengan Nabis.a.w. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, baginda bersabda, "Wahai Mughirah, ambilkan segayung air."

Aku pun mengambilkan air (untuk baginda.) Lalu, Rasulullah s.a.w. pergi menjauh, hingga tidak terlihat olehku, untuk menunaikan hajatnya (membuang air).

Melalui hadis ini, Nabi s.a.w.mengajarkan adab untuk membuang air kepada kita, iaitu dengan menjauhkan diri daripada manusia ketika henda buang air.

Tetapi, jika maksud dari perbuatan Rasulullah s.a.w. ini boleh dicapai dengan membuang air di dalam rumah (seperti di dalam tandas), maka tidak perlulah kita sengaja bersusah-susah keluar dari rumah untuk membuang air.

Hal ini kerana tujuan Nabi s.a.w.berada jauh dari Mughirah adalah untuk menjaga aurat baginda dan mengelakkan daripada tersebarnya bau yang tidak menyenangkan, kerana baginda juga adalah
manusia biasa.

Yang membezakan baginda dengan kitahanyalah baginda menerima wahyu. Adapun sifat-sifat kemanusiaan yang lain, baginda juga memilikinya sama seperti kita.

Hal ini sebagaimana firman AllahTa'ala:

قُلۡ إِنَّمَاۤأَنَا۠ بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡ یُوحَىٰۤ إِلَیَّ أَنَّمَاۤ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱۖ

Katakanlah (wahai Muhammad),"Sesungguhnya, aku hanyalah manusia yang sama seperti kalian yang diberikan wahyu kepadaku bahawasanya yang layak untuk kalian untuk sembah hanyalah Tuhan Yang Maha Esa."

[Surah al-Kahf (18) : 110]

Tetapi, pada hari ini, ada golongan yang mempunyai fahaman yang songsang. Mereka seboleh-bolehnya mahu mensucikan Nabi s.a.w. daripada sebarang sifat kemanusiaan sehingga ada yang mendakwa bahawa najis baginda wangi lagi suci, kerana kononnya baginda dicipta dari seberkas cahaya Allah.

Pada masa yang sama, mereka mengajar pelbagai ajaran dan amalan yang tidak sabit dengan sunnah beserta fadhilatnya, seolah-olah mereka mendapat wahyu dari Allah.

Walhal kelebihan untuk mendapat wahyu adalah hak Nabi s.a.w. yang tidak dimiliki oleh umatnya.

Wallahua'lam.