broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image

BENCANA DALAM MENUNTUT ILMU

· Isu Semasa

Secara umumnya, masyarakat pada hari ini menjadikan habuan dunia sebagai motivasi utama untuk menuntut ilmu. Maka, anak-anak seringkali didoktrinkan untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu supaya boleh mendapat pekerjaan yang baik dan menjawat jawatan yang tinggi.

Rentetan itu, ramai yang sanggup berhutang untuk menuntut ilmu kerana meyakini bahawa gaji yang akan diperoleh nanti jauh lebih besar daripada jumlah hutang yang diambilnya.

Kesannya, apabila pekerjaan semakin kurang dan orang yang berilmu pun tidak mendapat pekerjaan yang setara dengan ilmunya, masyarakat terutamanya anak-anak muda mula memandang rendah kepada ilmu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak berharga.

Walhal, Islam tidak menjadikan habuan dunia sebagai objektif utama dalam menuntut ilmu. Sebaliknya, umat Islam dahulu-kala bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga mereka menjadi pakar dalam pelbagai bidang, kerana mahu mengejar kedudukan yang tinggi dan kelebihan yang banyak di sisi Allah, sebagaimana yang disebutkan di dalam banyak hadis, antaranya sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ

Maksudnya:

"Barangsiapa yang meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju syurga. Sesungguhnya, para malaikat merendahkan sayap-sayap mereka sebagai tanda keredhaan mereka kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, orang yang berilmu akan dimohon keampunan oleh penduduk langit dan bumi, termasuklah oleh ikan-ikan paus yang berada di dasar laut. Sesungguhnya, kelebihan orang yang berilmu berbanding ahli ibadah adalah seperti kelebihan rembulan pada malam purnama berbanding seluruh bintang."

[Sahih Abi Daud (3641) : Sahih]

Hal ini jauh bezanya dengan apa yang berlaku pada zaman ini di mana pengajian dianggap seperti perniagaan yang mengambil kira untung dan rugi. Selagi mana ia memberikan pulangan duniawi, masyarakat pun bersungguh-sungguh mengejarnya. Apabila ia tidak lagi menjamin pekerjaan yang baik, masyarakat pun mula meremehkannya.

Inilah bencana yang menimpa umat Islam pada hari ini kerana terpengaruh dengan cara pemikiran orang-orang kafir sehingga kita bukan sahaja terlepas kelebihan di akhirat, tetapi di dunia lagi kelebihan-kelebihan itu telah dibolot oleh orang-orang kafir.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
LANGKAH PERTAMA MENGHALANG PENYEBARAN HADIS PALSU
Next
BADAN PEMANTAU HADIS
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save