broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image

'ILLAH DALAM HADIS

· Ilmu Hadis

‘Illah (jamak: ‘Ilal) bermaksud kecacatan tersembunyi dalam hadis, baik pada sanad mahupun matannya, sedangkan hadis itu kelihatan sahih pada zahirnya. Maka, hadis yang mempunyai ‘illah tidak boleh dihukum sebagai sahih, kerana tidak memenuhi lima syarat hadis sahih iaitu:

1. bersambungnya sanad (اتصال السند);

2. semua perawinya berakhlaq mulia (عدالة الراوي);

3. semua perawinya meriwayatkan hadis dengan tepat (ضبط الراوي), baik melalui hafalan mahupun tulisan;

4. tidak ada syaz (percanggah dengan riwayat yang lebih kuat) pada sanad (rantai perawi) mahupun
matan (teks) hadis; dan

5. tidak ada ‘illah (kecacatan tersembunyi) pada sanad mahupun matan hadis.

Akibat tidak mengetahui ‘ilal di dalam sesebuah hadis, ramai 'ulamak yang menjadikan hadis tersebut sebagai hujah dan sandaran hukum. Tetapi, ia bukanlah kesalahan yang disengajakan sehingga menyebabkan dosa. Sebaliknya, ia adalah kesalahan dalam berijtihad, sehingga 'ulamak yang melakukannya tetap diberikan pahala, insya Allah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

Maksudnya: “Apabila seseorang hakim itu hendak membuat sesuatu keputusan lalu beliau pun berijtihad dan keputusannya itu benar, maka baginya dua pahala (iaitu pahala berijtihad dan pahala membuat keputusan yang benar).

Dan apabila seseorang hakim itu hendak membuat sesuatu keputusan lalu beliau beliau pun bertijtihad tetapi keputusannya itu tersalah, maka baginya satu pahala sahaja (iaitu pahala berijtihad).”

[Sahih al-Bukhari (7352)]

Namun ‘ulamak yang meyakini bahawa memang terdapat ‘illah di dalam hadis tersebut, dia tidak boleh dan tidak akan beramal dengannya, kerana hadis itu dha’if menurut penilaiannya.

Kadang-kala, apabila isu ini diketengahkan kepada masyarakat, ia mengundang kejutan daripada banyak pihak, lebih-lebih lagi jika ‘illah tersebut hanya ditemui oleh ‘ulamak terkemudian dan tidak terdapat rekod bahawa ‘ulamak terdahulu menemuinya.

Maka, akan ada yang mempersoalkan, “Jika hadis ini benar-benar mempunyai ‘illah, kenapa kesahihannya tidak dipertikaikan oleh ‘ulamak terdahulu?” Walhal bukanlah demikian caranya berinteraksi dengan ‘ilal hadis.

‘Ilal hadis dapat diumpamakan dengan dunia perubatan yang mana terdapat penyakit yang telah lama wujud, tetapi pakar-pakar perubatan bukan sahaja tidak mampu menemui penawarnya, malah penyakit itu sendiri pun gagal dikesan sehinggalah datangnya pakar-pakar terkemudian.

Maka, demikianlah juga halnya dengan perbahasan dalam dunia hadis, kerana proses untuk mengenalpasti ‘ilal hadis adalah suatu usaha berterusan yang sangat rumit sehingga sesuatu hadis itu perlu dibandingkan dengan banyak riwayat yang lain.

Antara hadis yang dikritik oleh ‘ulamak terkemudian atas dakwaan mempunyai ‘ilal ialah Hadis al-Ifk (حديث الإفك) yang menceritakan tentang kisah kehilangan rantai ‘A’isyah r.a.ha. dalam satu perjalanan. Lalu, ‘A’isyah pun mencari rantainya itu. Tanpa disedari, Nabi s.a.w. dan para sahabat telah berlalu pergi, sehingga 'A'isyah terpaksa pulang ke Madinah dengan menaiki haiwan tunggangan Sofwan bin al-Mu’atthol as-Sulami, dalam keadaan beliau berjalan sambil menarik tali haiwan tunggangannya itu. Rentetan itu, kaum munafiq menyebarkan fitnah kononnya ‘A’isyah telah berzina dengan Sofwan.

[Sahih al-Bukhari (2661)]

Hadis ini diriwayatkan di dalam banyak kitab hadis, termasuklah Sahih al-Bukhari, dan dijadikan hujah oleh ramai fuqaha’. Tetapi, ada ‘ulamak yang mempertikaikan kesahihannya atas alasan terdapat ‘ilal pada matannya. Menurut mereka, satu-satunya kisah kehilangan rantai ‘A’isyah yang sahih ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Bab Tayammum.

Di dalam hadis tersebut, diceritakan bahawa ‘A’isyah kehilangan rantainya. Lalu, Nabi s.a.w. dan para sahabat bekerjasama mencari rantai tersebut, tetapi mereka tetap gagal menemuinya. Sehinggalah apabila mereka mahu meninggalkan tempat tersebut, tiba-tiba didapati rantai tersebut ada di bawah unta. Maka, ‘A’isyah pun mengambil rantai itu dan mereka pun pulang ke Madinah.

[Sahih al-Bukhari (334)]

Diandaikan yang kedua-dua hadis ini sahih, ertinya ‘A’isyah telah kehilangan rantainya sebanyak dua kali. Jika sungguh demikian, kenapa tidak disebutkan di dalam salah satu hadis tersebut, teguran daripada Nabi s.a.w. atau Abu Bakr kepada ‘A’isyah kerana masih membawa rantai itu ketika musafir, sedangkan rantai itu pernah hilang sebelum ini?

Inilah antara sebab kenapa ada ‘ulamak yang menolak Hadis al-Ifk atas alasan wujud ‘ilal pada hadis tersebut.

Wallahu a'lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
MENOLAK HADIS KERANA 'ILLAH
Next
WAJIB SESAT JIKA KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save