• UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR

JANGAN SEBAR KEKELIRUAN

· Isu Semasa

Menyembunyikan ilmu adalah satu perbuatan yang berdosa, kerana Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ كَتَمَ عِلْمًا أَلْجَمَهُ الِلَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu, Allah pasti akan mengekangnya dengan kekangan api neraka pada Hari Qiyamat nanti.”

[Sahih Ibn Hibban (96)]

Namun, jika mendedahkan sesuatu ilmu itu boleh menimbulkan salah faham atau suasana panik dalam kalangan masyarakat awam, adalah lebih baik ia tidak didedahkan lagi buat sementara waktu, sehinggalah masyarakat telah bersedia untuk menerimanya.

Apatah lgi jika sesuatu ajaran itu tidak berasal daripada sunnah Nabi s.a.w. secara sorih, seperti amalan bertawassul dengan orang soleh yang dibenarkan oleh sebahagian ‘ulamak.

Menyebarkan amalan ini ketika kejahilan menguasai umat dibimbangi boleh membawa kepada kesyirikan. Walhal bagi yang memahami, boleh saja bertawassul dengan kecintaan kita kepada orang soleh yang mana kecintaan tersebut termasuk dalam amal soleh yang mana para ‘ulamak bersepakat akan keharusannya.

Tetapi, adakah orang awam memahami hakikat ini? Jika tidak ada jaminan yang mereka memahaminya, adalah lebih baik jika ia tidak diajarkan kepada masyarakat, kerana dikhuatiri mereka menjadikan orang soleh itu pula sebagai perantara antara mereka dengan Allah.

Demikianlah juga dengan penyebaran qasidah yang secara zahirnya bermaksud permohonan doa kepada Rasulullah s.a.w., seperti ungkapan “Madad ya Rasulallah” yang bermaksud, “Tolonglah (kami) wahai Rasulullah.”

Ada sebahagian pihak yang menakwilkannya dengan makna majaz iaitu dengan menyembunyikan perkataan Rabb (Tuhan). Kata mereka, lafaz yang sebenarnya adalah “Madad ya Rabba Rasulillah” yang bermaksud “Tolonglah (kami) wahai Tuhan Rasulullah,” tetapi perkataan “Rabb” itu disembunyikan.

Persoalannya, jika benarlah ini maksud mereka, untuk apa ia disembunyikan dan adakah orang awam memahaminya begitu? Jawapannya, orang awam tidak memahaminya begitu, sehingga pada hari ini ramai yang beranggapan bahawa tidak berdosa berdoa kepada Rasulullah s.a.w., walhal ia adalah kesyirikan yang nyata sebagaimana yang sabit di dalam banyak nas yang sorih.

Dan realitinya, jika kita mengembara ke luar negara, kita akan dapati bahawa ungkapan-ungkapan seperti ini bukanlah syi’ar Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Sebaliknya, ia menjadi syi’ar firqah-firqah yang sesat seperti Brelvi.

Maka, sebaiknya, apabila melibatkan masalah ‘aqidah, kita mengambil sikap berhati-hati sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat terdahulu.

Misalnya, Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a. memerintahkan supaya ditebang pokok-pokok yang didakwa sebagai lokasi berlakunya majlis Bai’ah Ridhwan, bagi mengelakkan pemujaan terhadap pokok tersebut dan munculnya simbol keagamaan sebagaimana wujudnya pokok-pokok suci dalam agama-agama lain, seperti Pokok Krismas bagi penganut Agama Kristian dan Pohon Budh bagi penganut Agama Buddha.

Tidak cukup dengan itu, ketika mengucup Hajarul Aswad, Khalifah ‘Umar r.a. menyebut:

إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya, aku tahu yang engkau hanyalah batu yang tidak boleh memberikan sebarang mudharat mahupun manfaat. Kalaulah tidak kerana aku telah melihat Nabi s.a.w. mengucupmu, nescaya aku tidak akan mengucupmu,”

[Sahih al-Bukhari (1597)]

supaya ia menjadi peringatan buat orang ramai yang mungkin menganggap terdapat kesaktian tertentu kepada Hajarul Aswad, walhal ia hanya dikucup kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Maka, sebagaimana para sahabat dahulu sangat berhati-hati dalam menjaga keaslian agama supaya tidak diresapi unsur syirik dan khurafat, demikianlah juga kita perlu mengambil sikap dan pendirian yang sama dalam beragama.

Wallahua’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
KELEBIHAN JAMI' AT-TIRMIZI
Next
ZIKIR RINGKAS JAMINAN SYURGA
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Catatan
    Infaq