broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image

KEINDAHAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM ISLAM

· Akhlaq

Tanpa mengira agama, apabila seseorang meninggal dunia, jenazahnya akan diuruskan sama ada dengan cara mengebumikan mayat ke dalam liang atau membakarnya sehingga menjadi abu.

Pengebumian jenazah lebih baik daripada membakarnya kerana ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang dicipta daripada tanah, sebagaimana firman-Nya:

مِنۡهَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ وَفِیهَا نُعِیدُكُمۡ وَمِنۡهَا نُخۡرِجُكُمۡ تَارَةً أُخۡرَىٰ

Maksudnya:

"Daripada bumi itulah telah Kami ciptakan kalian dan ke dalamnyalah kalian akan dikembalikan dan daripadanyalah kalian akan dikeluarkan sekali lagi."

[Surah Thoha (20) : 55]

Sebaliknya, perbuatan membakar mayat menyebabkan pencemaran alam, penganiayaan terhadap mayat dan boleh mengundang mimpi ngeri kepada sesiapa yang melihatnya, terutamanya kanak-kanak.

Hal ini jauh bezanya dengan Islam yang mengajar kita supaya memandikan mayat dengan lemah-lembut, lalu mengebumikannya di dalam liang yang dalam supaya mayat tidak berbau dan tidak boleh dikorek oleh binatang buas.

Lalu, apabila mayat itu reput, tanah itu boleh digunakan lagi untuk mengebumikan mayat lain pula. Kerana itulah Nabi s.a.w. melarang kita daripada membuat binaan di atas kubur kerana ia akan menyusahkan generasi yang datang kemudian.

Kubur umat Islam pula biasanya dibuat di tanah-tanah wakaf yang menjadi hak milik bersama. Maka, urusan pengebumian menjadi lebih murah, berbanding dengan pengurusan jenazah orang-orang kafir yang menelan belanja yang sangat mahal.

Tanpa disedari, pengurusan jenazah umat Islam ini boleh menjadi medium dakwah untuk menarik minat orang-orang kafir untuk memeluk agama Islam, kerana kesederhaan dan keindahan tatacara kita menguruskan jenazah, berbanding apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
LARANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH DAN ASAR
Next
BERGURU DENGAN SYAITAN
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save