Return to site

KELEBIHAN MAZHAB FIQH AL-IMAM AL-BUKHARI (BAHAGIAN 05 - AKHIR)

March 20, 2024

Kelebihan Mazhab Fiqhal-Imam al-Bukhari yang kesembilan ialah kesinambungan pengamatan terhadap proses perkembangan hukum Islam sejak dari zaman Nabi s.a.w. hinggalah ke zaman Khulafa’ Rasyidin selepasnya.

Kesannya, dalam meninggikan kedudukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum utama umat Islam, al-Imam al-Bukhari tidak meminggirkan pendapat para sahabat dan tabi’in. Sebaliknya,
beliau tetap menilai pemahaman mereka terhadap nas al-Quran dan as-Sunnah, sebelum bersetuju dengan pandangan mereka atau pun tidak.

Kelebihan Mazhab Fiqhal-Imam al-Bukhari yang kesepuluh ialah dorongan dan insentif ke arah mempraktikkan dan membudayakan sunnah Nabi s.a.w. yang paling tinggi tahap kesahihannya dalam segenap bidang hukum-hakam Islam.

Inilah keistimewaan fiqh al-Imam al-Bukhari iaitu beliau sentiasa mengutamakan hadis yang paling sahih berbanding hadis-hadis yang lain.

Hal ini tentu sahaja berbeza dengan kebiasaan masyarakat awam yang menerima sebarang bentuk amalan meskipun ia bersumberkan hadis dha’if dan palsu sehingga memenatkan diri sendiri sahaja.