Jika kita membaca kitab-kitab hadis, kita boleh menemui ada ulama yang bernama Israel, seperti al-Hafiz Israel bin Yunus bin Abu Ishaq yang merupakan seorang imam besar dan perawi hadis bertaraf tsiqah.
Dan sehingga hari ini, nama ini masih lagi popular di luar negara hatta dalam kalangan umat Islam kerana maksud nama “Israel” adalah “Hamba Allah” atau yang disebut dalam Bahasa Arab, ‘Abdullah, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Imam ath-Thobari:
الْقَوْل فِي تَأْوِيل قَوْله تَعَالَى : { يَا بَنِي إسْرَائِيل } قَالَ أَبُو جَعْفَر : يَعْنِي بِقَوْلِهِ جَلَّ ثَنَاؤُهُ : { يَا بَنِي إسْرَائِيل } : يَا وَلَد يَعْقُوب بْن إسْحَاق بْن إبْرَاهِيم خَلِيل الرَّحْمَن ; وَكَانَ يَعْقُوب يُدْعَى إسْرَائِيل , بِمَعْنَى عَبْد اللَّه وَصَفْوَته مِنْ خَلْقه ; وَإِيل هُوَ اللَّه ; وَإِسْرَا : هُوَ الْعَبْد , كَمَا قِيلَ جِبْرِيل بِمَعْنَى عَبْد اللَّه .
Maksudnya:
Bani Israel adalah anak-anak Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Nabi Ya’qub digelar Israel yang bermaksud Hamba Allah kerana “El” bermaksud Allah dan “Isra” bermaksud hamba, sama seperti nama Jibril yang juga bermaksud hamba Allah.”
Tetapi, nama ini tidak popular di Malaysia kerana Kaum Zionis telah menjadikan nama Israel sebagai nama negara haram mereka.
Wallahu a’lam.