·
Para ulama berpendapat bahawa terdapat dua amalan yang diberikan pahala walaupun jika dilakukan tanpa tumpuan dan memahami maknanya iaitu membaca al-Quran dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
Maka, mereka yang mempelajari hadis sebenarnya berpeluang untuk berselawat paling banyak kerana paling kerap mendengar nama Nabi s.a.w. disebut.
Dan sebagaimana yang telah dimaklumi, apabila mendengar sahaja nama baginda disebut, kita dianjurkan untuk berselawat kepadanya sehingga kita pun beroleh pahala dan kelebihan selawat tanpa disedari.
Meskipun demikian, jika kedua-dua amalan ini dilakukan dengan penuh perhatian seraya memahami maknanya, sudah tentulah kita akan diganjarkan dengan pahala yang lebih banyak.
Wallahu a’lam.