Terjemahan al-Quran dilakukan mengikut kaedah yang pelbagai. Bagi yang mempelajarinya, akan mengetahui kaedah manakah yang digunakan oleh seseorang ulama.
Misalnya, Tafsir Pimpinan al-Rahman, kitab terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu pertama yang lengkap, telah ditulis oleh asy-Syaikh Abdullah Basmeih dengan menjadikan bekas Mufti Kelantan, Sohibus Samahah al-Marhum Haji Mad Noor yang sangat gemar merujuk kitab Tafsir al-Baidhawi.
Kerana itulah kebanyakan terjemahan al-Quran di dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman mempunyai makna yang sama dengan apa yang tercatat di dalam Tafsir al-Baidhawi.
Walaupun asy-Syaikh Abdullah Basmeih ada juga merujuk kepada kitab-kitab tafsir lain, tetapi Tafsir al-Baidhawi itulah yang menjadi rujukan utamanya.
Wallahu a’lam.