• UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR

MEMAHAMI HADIS SURAH AS-SAJDAH DENGAN HADIS SOLAT BERLAPIK

· Ibadah

Mazhab Syafi’i berpendapat yang kita dianjurkan untuk berterusan membaca Surah as-Sajdah di dalam Solat Subuh pada setiap Hari Jumaat kerana terdapat sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. yang menyebut:

كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِـ ‏{‏الم تَنْزِيلُ‏}‏ فِي الرَّكْعَةِ الأُولَى وَفِي الثَّانِيَةِ ‏{‏هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا‏}‏

Maksudnya:

“Biasanya Nabi s.a.w. membaca pada Hari Jumaat dalam Solat Subuh, Surah as-Sajdah pada raka’at pertama dan Surah al-Insan pada raka’at kedua.”

SAHIH MUSLIM (880)

Dan inilah yang banyak diamalkan di masjid-masjid di tanah air kita.

Tetapi, mazhab lain berpendapat yang tidak dianjurkan untuk berterusan membacanya pada setiap pagi Jumaat kerana Nabi s.a.w. sendiri pernah meninggalkan bacaannya beberapa kali dalam hayat baginda.

Pun begitu, semuanya bersepakat bahawa tidak salah untuk menjadikannya sebagai amalan yang berterusan kerana Nabi s.a.w. lebih kerap membaca Surah as-Sajdah berbanding surah-surah lain.

Hal ini serupa dengan hadis yang menyebut bahawa Nabi s.a.w. kerap bersolat secara berlapik di atas kain, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dengan sanadnya daripada Abu Sa’id al-Khudriy:

أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَوَجَدَهُ يُصَلِّي عَلَى حَصِيرٍ يَسْجُدُ عَلَيْهِ

Maksudnya:

Bahawasanya beliau telah masuk menemui Rasulullah s.a.w. dan beliau mendapati yang baginda bersolat di atas hamparan yang mana baginda bersujud di atasnya.

SAHIH MUSLIM (661)

Walaupun terdapat beberapa buah hadis lain yang menceritakan bahawa Nabis.a.w. pernah juga bersolat di atas tanah, ia tidaklah bererti yang kita dituntut untuk sengaja bersolat di atas tanah tanpa sebarang lapik, kerana banyaknya hadis yang menunjukkan bahawa baginda bersolat di atas kain itu menjadi dalil bahawa solat secara berlapik itulah yang lebih utama berbanding solat di atas tanah.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
TAKWILAN TERBAIK BAGI SIFAT ISTIWA'
Next
KENAPA ADA ULAMA BERNAMA ISRAEL
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save