Anas bin Malik r.a. telah berkata:
َصَلَّيْتُ أَنَا وَيَتِيمٌ فِي بَيْتِنَا خَلْفَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَأُمِّي أُمُّ سُلَيْمٍ خَلْفَنَا
Maksudnya:
“Aku dan seorang anak yatim telah bersolat di belakang Nabi s.a.w., manakala ibuku iaitu Ummu Salamah bersolat di belakang kami.”
Hadis ini menunjukkan bahawa wudhu’ dan solat kanak-kanak mumayyiz itu sah. Tetapi, pahala ibadah yang mereka kerjakan diperolehi oleh kedua ibu bapanya kerana mereka belum lagi mukallaf; ertinya mereka masih belum menanggung sebarang dosa mahupun pahala.
Hanyasanya wudhu’ dan solat yang diajar kepada mereka itu adalah dalam rangka pendidikan sahaja.
Dan harus juga diketahui yang apabila wudhu’ dan solat mereka telah sah, maka mereka juga telah layak untuk menjadi imam hatta kepada orang yang telah dewasa.
Wallahu a’lam.