broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image

BERITA GEMBIRA BUAT UMAT ISLAM PADA AKHIR ZAMAN

· Isu Semasa

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi r.h.m. ada menulis sebuah buku yang sangat baik, berjudul al-Mubassyirat bi Intisar al-Islam yang bermaksud berita gembira tentang kemenangan Islam.

Di dalam buku tersebut, beliau mengumpulkan hadis-hadis berkisar tentang khabar gembira dan kemenangan umat Islam pada akhir zaman. Kesannya, kita akan berasa lega dan optimis kerana mula menyedari bahawa banyak lagi kelebihan yang tidak ada pada zaman dahulu yang boleh direbut pada zaman ini.

Antaranya, beliau bawakan sebuah hadis bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَلِي مِنْهَا وَأُعْطِيتُ الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ

Maksudnya: "Sesungguhnya, Allah telah menghimpunkan bumi untukku, sehingga aku dapat melihat timurnya dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan mencapai apa yang telah dihimpunkan untukku itu, dan aku telah pun diberikan timbunan harta merah (emas) dan putih (perak) dari Kisra (Maharaja) Parsi di Syam dan Qaisar (Maharaja) Rom di 'Iraq."

[Sahih Muslim (2889)]

Hadis ini menunjukkan bahawa umat Islam akhirnya akan mampu menguasai seluruh pelusuk bumi yang mana hal ini belum pernah dikecapi oleh generasi umat Islam terdahulu. Maka, siapakah lagi yang akan menguasai selusuh pelusuk dunia jika bukan umat Islam yang hidup pada akhir zaman?

Malangnya, ada sebahagian ‘ulamak, asatizah atau pendakwah yang melemahkan semangat umat Islam dengan menyebarkan fahaman bahawa tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan kerana kita telah berada pada akhir zaman.

Walhal ini adalah fahaman yang salah, kerana masih banyak lagi tanda-tanda Hari Qiyamat yang belum berlaku.

Sebaliknya Nabi s.a.w. sendiri mengajar kita supaya menjadi umat yang proaktif melalui sabdanya:

إنْ قامَتِ السَّاعةُ وفي يدِ أحدِكُم فَسيلةٌ فإنِ استَطاعَ أن لا تَقومَ حتَّى يغرِسَها فلْيغرِسْها

"Jika Hari Qiyamat menjelang tiba dan di tangan salah seorang daripada kalian ada sebatang anak pokok, jika dia mampu untuk menanamnya sebelum berlakunya Hari Qiyamat, hendaklah dia menanamnya."

[Sahih al-Adab al-Mufrad (371) : Sahih]

Di dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menyuruh kita supaya menanam pokok meskipun jika Hari Qiyamat sudah hampir, kerana baginda tidak mahu kita berpeluk tubuh dan pasrah sedangkan peluang untuk beramal dan melakukan islah masih ada.

Wallahua’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN ITU LEBIH BAIK
Next
MAKSIAT BERLAKU DENGAN KEHENDAK ALLAH?
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save