·
Kadang-kadang kita mungkin terlupa kelebihan yang ada pada orang lain, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Sedangkan hakikatnya, kita sendiri mempunyai kekurangan yang hanya boleh ditampung oleh orang lain yang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh kita.
Dengan demikian, kita akan terhindar daripada sifat megah dan rasa takabbur.
Ingatlah yang setiap kejadian Tuhan pasti mempunyai kelebihannya, termasuklah haiwan-haiwan yang kita belum tahu kelebihannya kepada kita.
Adapun bagi yang berasa dirinya tidak mempunyai kelebihan, janganlah dengki kepada orang lain, kerana boleh jadi orang lain juga menginginkan kelebihan yang ada pada diri kita; hanya kita yang tidak menyedarinya.
Wallahu a’lam.

