·
Ya, menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, seseorang yang membatalkan puasa sunat wajib mengqadhakannya semula.
Pandangan ini bersandarkan kepada zahir sabda Nabi SAW di bawah yang menyebut lafaz puasa secara umum, tanpa mengecualikan puasa sunat:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai puasa (yang belum diqadha’), maka walinya (warisnya) hendaklah berpuasa bagi pihak dirinya.”
Namun begitu, Mazhab Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa puasa yang wajib diqadha’ hanyalah puasa fardhu (Ramadhan), kerana sifat asal puasa sunat adalah tidak wajib untuk dimulakan, maka apabila ia terbatal, tiada juga kewajipan untuk diganti semula.
Wallahu a’lam.

