·
Setiap mazhab fiqh mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mazhab Hanbali misalnya mempunyai kelebihan pada sudut keluasan dalam mu’amalah, di mana mazhab ini melindungi hak pengguna dan pemilik dengan lebih adil dan saksama.
Contohnya, ketika kebanyakan mazhab lain tidak membenarkan bayaran pendahuluan atau deposit sebagai jaminan ganti rugi sekiranya pembeli tidak mengambil barang tempahannya daripada peniaga.
Tujuannya adalah untuk melindungi hak peniaga daripada menanggung kerugian yang lebih besar jika pembeli tidak menyempurnakan bayarannya.
Pada hari ini, amalan ini diamalkan secara meluas tanpa mengira mazhab kerana ia lebih adil kepada kedua-dua belah pihak.
Wallahu a’lam.

