Setelah puluhan tahun mengajar, Maulana Muhammad Asri bin Yusoff (MMAY) terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pengajaran dan fokus kepada penulisan semata-mata, kerana jika tidak, beliau tidak akan sempat untuk mengumpulkan khazanah ilmunya dan menyiapkan hasil penulisannya yang terkini seperti Syarah Sahih al-Bukhari, Syarah Jami’ at-Tirmizi, Syarah Sunan Abi Daud dan Fafsir al-Quran bil Quran.
Tetapi secara peribadi, beliau berasa sangat bahagia jika setidak-tidaknya Tafsir al-Quran bil Quran karyanya boleh berada di dalam setiap rumah umat Islam di Malaysia; seolah-olah orang masih bertemu dengannya meskipun setelah dia meninggal dunia.
Itulah kelebihan menulis yang tidak sanggup disia-siakan peluangnya begitu sahaja.
Wallahu a’lam.

