Return to site

KENAPA BANYAK KERAJAAN BESAR MENGGUNAKAN MAZHAB HANAFI?

June 2, 2026

Di sisi Mazhab Maliki, jika seorang Muslim atau kafir zimmi memaki hamun Nabi s.a.w., dia boleh dihukum bunuh tanpa disuruh bertaubat terlebih dahulu.

Adapun di sisi Mazhab Hanafi, seorang Muslim yang memaki hamun Nabi s.a.w., dia dihukum murtad, tetapi jika dia adalah seorang kafir zimmi, dia hanya perlu ditakzir dan tidak boleh dibunuh.

Sememangnya dalam Mazhab Hanafi, merekalah yang paling cuba untuk mengelak daripada mengenakan hukuman bunuh kepada perbuatan jenayah.

Barangkali itulah sebabnya kenapa banyak kerajaan Islam yang besar seperti Kerajaan Turki ‘Uthmaniah dan Moghul di India menjadikan Mazhab Hanafi sebagai mazhab rasmi mereka, kerana sifat hukumannya yang lebih ringan dapat mengelakkan pertumpahan darah kepada rakyat mereka.

Wallahu a’lam.