Saidina ‘Ali bin Abu Tholib r.a. pernah berkata:
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
Maksudnya:
Aku pernah menjadi sering keluar mazi dan aku malu untuk bertanya kepada Nabi ﷺ kerana baginda adalah bapa mertuaku. Maka aku menyuruh al-Miqdad bin al-Aswad untuk bertanya. Lalu baginda bersabda, “Hendaklah dia membasuh kemaluannya kemudian berwudhuk.”
Apabila sampai hadis ini kepada Kaum Syi’ah, mereka mendakwa yang ia menunjukkan bahawa Saidina ‘Ali mempunyai nafsu yang kuat. Kerana itulah beliau selalu terkeluar air mazi.
Seterusnya, Kaum Syi’ah meluaskan lagi fiqh mereka hingga ke tahap mendakwa yang air mazi tidak najis dan tidak membatalkan wudhuk.
Dan apabila dakwaan karut rekaan Syi’ah ini sampai di tempat kita, akar kayu yang mempunyai khasiat kebatinan pun dinamakan sebagai Tongkat Ali.
Sedangkan yang sebenarnya, Saidina ‘Ali ditimpa dengan penyakit ketika itu. Maka, perbuatan beliau yang malu untuk bertanya secara langsung kepada Rasulullah ﷺ yang merupakan bapa mertuanya menunjukkan yang beliau mempunyai sifat pemalu dan ia adalah akhlaq yang terpuji.
Wallahu a’lam.

