broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image
broken image
broken image
  • UTAMA
  • CATATAN RINGKAS 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Pengalaman
    • Sejarah
  • LATAR
  • …  
    • UTAMA
    • CATATAN RINGKAS 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Pengalaman
      • Sejarah
    • LATAR
broken image

TASBIH KETIKA RUKU' DAN SUJUD YANG SAHIH

· Ibadah

Biasanya, ketika ruku’, ramai dalam kalangan kita yang akan bertasbih dengan menyebut:

‏‏سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ‏

Dan ketika sujud pula, kita akan menyebut:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Lafaz tasbih ini sabit dengan sebuah hadis riwayat al-Imam Abu Daud di dalam Sunannya dengan sanadnya:

عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى أَوْ مُوسَى بْنِ أَيُّوبَ عَنْ رَجُلٍ مِنْ قَوْمِهِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا رَكَعَ قَالَ ‏سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ‏ ثَلاَثًا وَإِذَا سَجَدَ قَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ ‏ثَلاَثًا‏

Maksdnya:

Daripada Ayyub bin Musa atau Musa bin Ayyub, daripada seorang lelaki daripada kaumnya, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, katanya, “Dahulu, apabila Rasulullah s.a.w. ruku’, baginda menyebut, ‘Subhana Rabbiyal ‘Azimi wa bihamdih’ (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya) sebanyak tiga kali dan apabila baginda sujud, baginda menyebut, ‘Subhana Rabbiyal A’la wa bihamdih’ (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya) sebanyak tiga kali.”

SUNAN ABI DAUD (870)

Tetapi, hadis ini tidak sahih, sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Imam Abu Daud sendiri melalui kalamnya yang berbunyi:

وَهَذِهِ الزِّيَادَةُ نَخَافُ أَنْ لاَ تَكُونَ مَحْفُوظَةً

Maksudnya:

“Aku bimbang yang tambahan (wabihamdih) ini tidak terpelihara.”

SUNAN ABI DAUD (870)

Selepas itu, barulah al-Imam Abu Daud mengemukakan lafaz tasbih yang sahih bagi ruku’ dan sujud yang beliau riwayatkan dengan sanadnya:

عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَكَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَفِي سُجُودِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى

Maksudnya:

Daripada Huzaifah, bahawasanya beliau telah bersolat bersama-sama dengan Nabi s.a.w., lalu baginda menyebut di dalam ruku’nya, ‘Subhana Rabbiyal ‘Azim’ (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung), dan di dalam sujudnya (baginda menyebut), ‘Subhana Rabbiyal A’la' (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi).

SUNAN ABI DAUD (871)

Al-Imam Muslim turut meriwayatkan hal yang sama daripada Huzaifah di dalam Sahihnya (772).

Tentang bilangan ucapannya, ia boleh disebut sebanyak tiga, lima, tujuh atau seberapa banyak sahaja yang kita mahu. Tetapi jika kita menjadi imam, sebaiknya kita menyebut tiga kali sahaja kerana takut memberatkan sebahagian makmum yang mengikut kita.

Dan haruslah diketahui bahawa hukum bertasbih ketika ruku’ dan sujud ini hanyalah sunat. Maka, ruku’ dan sujud kita tetap sah jika kita tidak menyebut sebarang tasbih dengan syarat tempoh masa ruku’ dan sujud itu adalah sekurang-kurangnya cukup untuk kita menyebut “Subhanallah.” Inilah kadar tuma’ninah yang disebutkan oleh para ulama.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Subscribe
Previous
STATUS WUDHU' DAN SOLAT KANAK-KANAK MUMAYYIZ
Next
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save