Jika kita melihat kepada catatan sejarah, kita pasti akan sedar dan mengakui bahawa sejak zaman-berzaman Syi’ah sentiasa menjadi musuh dalam selimut yang memusnahkan Islam Islam secara halus dari dalam.
Mereka bukan sahaja datang dengan ‘aqidah dan tatacara ‘ibadah yang berbeza, tetapi mereka juga tidak segan silu bekerjasama dengan musuh-musuh Islam semata-mata untuk membinasakan negara yang dipimpin oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Misalnya, pada tahun 930 H, Kerajaan Qaramithah yang menganut fahaman Syi’ah Isma’iliyyah telah mencuri dan melarikan Hajarul Aswad ke Bahrain. Di sana, mereka menjadikan Hajarul Aswad sebagai anak tangga yang boleh dipijak oleh orang ramai.
Akhirnya, pada tahun 953 H, barulah Hajarul Aswad berjaya dikembalikan ke Masjidil Haram; itu pun dalam keadaan terpecah menjadi tujuh bahagian.
Demikianlah juga halnya dengan kejayaan Kerajaan Tatar menakluki Kota Baghdad angkara pembelotan yang didalangi oleh Ibn al-‘Alqami, seorang menteri Syi’ah lantikan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.
Inilah sebahagian kecil daripada sekalian banyak kejayaan besar golonganSyi’ah yang tidak diketahui ramai kerana mereka bijak berselindung di sebalik tabir.
Maka, kita perlu berwaspada dengan helah mereka yang sangat berbahaya kepada umat Islam.
Wallahu a’lam.